Hi mate.... Thank you for visit my blog. Blog ni dihasilkan untuk santapan semua pembaca tentang perjalanan kehidupan dan juga keunggulan gaya hidup sebagai insan di dunia ini. Terima kasih.... terima kasih.... dan terima kasih.....
Tuesday, May 21, 2013
Student Of The Week
Congratulations to my daughter - Ayesha Ireena.....
Ayesha telah mendapat award student of the week smlm... Ayesha yg bersekolah bersama abg Amir Hakim di Clayton North Primary School. Ayesha dlm Prep S n abgnya di kelas 3/4 J.
Ini pertama kali Ayesha dapat award ni tapi Amir dah dapat 3 kali...
Tahniah Ayesha n Amir... Babah love you...
Saturday, May 4, 2013
My Kid Football Session
Hari ini berlangsung latihan bola untuk anak lelaki saya di Clayton North Primary School. Latihan bermula dari jam 11 pagi - 12 tgh hari. Latihan ini di bawah kendalian Coach Tim dari Football Star Academy.
My son sungguh teruja dan sangat gembira dengan latihan ini...
Thursday, May 2, 2013
Pengundian Awal Utk Pengundi Tidak Hadir
Pada 28 April 2013 yang lalu telah berlangsungnya pengundian awal bagi para pengundi tidak hadir (pengundi yg berada di luar negara)... Kami di sini telah melaksankan tanggungjawab tersebut di Pejabat Consulate General Malaysia di Melbourne City.
Kami sampai kira2 jam 11.45 dan kelihatan ramai pengundi yang sedang beratur. Keseluruhan ia berjalan lancar. Cuma masa yang diambil agak lama mungkin disebabkan ia pertama kali di buat oleh SPR.
Hari Keluarga 2013
Tanggal 20 April 2013 yang lalu telah berlangsungnya Hari Keluarga Pelajar Pasca Siswazah Victoria bertempat di Dewan La Trobe University, Bundoora. Hari keluarga ini melibatkan 3 buah komuniti pelajar2 post graduate Malaysia di Victoria. Komuniti tersebut dari Kg Vic North, Desa Bundoora dan juga South-East Family community.
Acara perasmian telah dilakukan oleh Consulate-General Malaysia - Melbourne Datuk Dr Rameez.
Dengan adanya acara seperti ini dapat lah juga mengurangkan tekanan kepada pelajar2 terutama kepada mereka yang tgh membuat Phd...
Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur dan juga pihak tuan rumah - Desa Bundoora....
Autumn Season
Bertemu kembali....
Sekarang di Melbourne sedang memasuki fasa terakhir autmn season... bermula June Winter akan menjelma.... Autumn adalah season yang sungguh cantik dengan daun2 di pokok2 mula kemerah-merahan atau kekuning kuningan dan akan kegugurun menjelang winter...
Saya sungguh menyukai waktu autumn kerana selepas mengharungi musim panas yang agak melampau di sini.... hadirnya autumn amat menyamankan dengan suhu sekitar 8 - 20 darjah celcious...
Wednesday, May 1, 2013
Salam Pembukaan
1st post.... Saya sedang menjalani kehidupan di bumi Australia menemani isteri tercinta yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Phd di Melbourne .Sudah berkelana hampir setahun setengah.
Ketika ini di Melbourne telah memasuki musim Luruh (Autumn) dan cuaca sungguh dingin dgn tiupan angin yang agak kencang.... Suhu sekitar 9 - 18 darjah Celcious...
ok berjumpa lagi di post yang akan datang...
Ketika ini di Melbourne telah memasuki musim Luruh (Autumn) dan cuaca sungguh dingin dgn tiupan angin yang agak kencang.... Suhu sekitar 9 - 18 darjah Celcious...
ok berjumpa lagi di post yang akan datang...
Subscribe to:
Comments (Atom)










